Tuesday, December 11, 2012

REZEKI

Selalu orang cakap jodoh tu rahsia ALLAH S.W.T. Benda ni memang familiar sangat dengan "muda mudi zaman sekarang". Al-maklumla masing-masing sibuk mencari pasangan. Tapi sebenarnya REZEKI & AJAL juga adalah rahsia ALLAH S.W.T. sebab kita tak tau apa yang dia bakal bagi dekat kita nanti dan bila tibanya nafas kita terhenti. Hakikatnya semua ni Rahsia ALLAH kerana semuanya adalah Qada' dan Qadar' yang telah ditetapkan.

Macam aku sekarang ni yang tengah menjadi penggur terhormat, merata-rata dah aku cari kerja dan  dah berapa banyak aku try apply, tp tak dapat-dapat lagi. Sekarang ni baru la aku merasa betapa peritnya nak dapat keja dan nak cari rezeki. Bila aku tengok orang lain dah dapat keja dengan sekali interview ja, terasa terkedu seketika.. Hmmm.. kenapa aku yang dah merata mencari ni, tak dapat-dapat, tapi dia yang hanya dengan sekali interview, dah dapat.. Apa yang tak kena? Aku tak cukup usaha ke?

Tapi bila aku renung balik, aku pikir balik.. aku tak boleh cakap macam tu sebabnya keja tu memang dah ditetapkan untuk dia.. memang dah ditetapkan sebagai rezeki dia.. Dan untuk rezeki aku, mungkin belum sampai masa lagi. Lagipun, rezeki aku adalah RAHSIA ALLAH. cuma ALLAH saja yang tau di mana dan bila rezeki aku akan sampai.. Aku pula tak boleh la putus asa, aku kena terus usaha, doa dan tawakkal.. Moga-moga cepat aku dapat rezeki... ~Amin~

P/S : Tolongla aminkan sama-sama..
        (mucho gracias kwn2)