Thursday, January 31, 2013

Hati macam nak pecah

Hidup kita sebagai hambaNYA, tak pernah sunyi daripada dugaan dan ujian.. kadang-kadang kita menyesali ujian yang terjadi pada kita, kita merungut, kita marah pada takdir tapi mungkin kita sendiri tidak sedar ujian dan dugaan adalah dari DIA yang kuasa. Andai sabar itu dapat kita pupuk, tabah itu dapat kita tanam, mungkin hikmahNYA nanti ada menanti. Sepertimana pelangi yang muncul selepas hujan..

Aku juga antara manusia yang selalu leka dan alpa, yang juga merungut apabila ditimpa dugaan dan ujian. Sebab aku rasa aku tak mampu nak tanggung lagi ujian tu... Aku tak mampu nak menjadi tabah atau berpura-pura tabah. Hinggakan masalah itu terlukis di wajah aku. Pedih dan resah tu jugak kadang-kadang mengganggu senyum aku. Aku mengharap pelangi untuk aku akan muncul dan keindahannya akan terus kekal bersama aku dan orang sekeliling aku..


Ya Allah, kuatkan dan tabahkan lah hati aku untuk menempuh setiap dugaanMU.. Berikan keajaibanMU dan rahmatMU pada hamba-hambaMU yang lemah ni..Amin~~

p/s : Tolong aminkn jgk kwn.. 

Mucho gracias