Monday, May 27, 2013

ketika diuji


 Hidup manusia tak pernah sunyi dari dugaan. Adakalanya kita sebagai Hamba Allah S.W.T. terasa tercabar dengan dugaan yang datang. Rasa rapuh dan lemah kadang-kadang menular dalam diri ketika mengharungi dugaan. Saat itu, dugaan itu terasa sangat menguji.

Namun, kata orang dugaan yang datang adalah untuk mematangkan. Mematangkan kita dari segi pemikiran serta perbuatan. Tapi adakalanya dugaan yang datang juga boleh melemahkan hingga kadang-kadang mematahkan semangat yang kuat. setelah berusaha sekuatnya dan berharap pada Yang Esa untuk selebihnya, kerana apa lagi daya seorang hamba kepada Allah ini.

Sesungguhnya hanya doa sahaja yang mampu menguatkan hati untuk menempuh sebarang dugaan kerana melalui doa, kita meluahkan apa yang kita rasa pada DIA yang BERKUASA. Biarlah air mata menitis saat doa diminta kerana selepas itu akan terlahir rasa kelegaan dan ketenangan. 

Apa saja dugaan yang sedang kita tempuhi ketika ini, maka bersabarlah dan berdoalah kerana Allah S.W.T. sentiasa memahami kita tanpa perlu kita jelaskan. 

[p/s : Moga aku juga tabah menempuh ranjau kehidupan..Amin~ ~]