Monday, May 27, 2013

ketika diuji


 Hidup manusia tak pernah sunyi dari dugaan. Adakalanya kita sebagai Hamba Allah S.W.T. terasa tercabar dengan dugaan yang datang. Rasa rapuh dan lemah kadang-kadang menular dalam diri ketika mengharungi dugaan. Saat itu, dugaan itu terasa sangat menguji.

Namun, kata orang dugaan yang datang adalah untuk mematangkan. Mematangkan kita dari segi pemikiran serta perbuatan. Tapi adakalanya dugaan yang datang juga boleh melemahkan hingga kadang-kadang mematahkan semangat yang kuat. setelah berusaha sekuatnya dan berharap pada Yang Esa untuk selebihnya, kerana apa lagi daya seorang hamba kepada Allah ini.

Sesungguhnya hanya doa sahaja yang mampu menguatkan hati untuk menempuh sebarang dugaan kerana melalui doa, kita meluahkan apa yang kita rasa pada DIA yang BERKUASA. Biarlah air mata menitis saat doa diminta kerana selepas itu akan terlahir rasa kelegaan dan ketenangan. 

Apa saja dugaan yang sedang kita tempuhi ketika ini, maka bersabarlah dan berdoalah kerana Allah S.W.T. sentiasa memahami kita tanpa perlu kita jelaskan. 

[p/s : Moga aku juga tabah menempuh ranjau kehidupan..Amin~ ~]


Wednesday, March 27, 2013

Hati

Senyum bila sakit yang tiada ubat konon-kononya kuat padahal dalam hati pedih...mengharap kembali sesuatu yang tak mungkin ternyata sia-sia, tapi hati degil..Cuba berlagak biasa hakikatnya sedih itu semakin mencengkam rasa..Kenapa aku yang terkena?? sedangkan dah puas aku pertahankan.. salahkah aku menyimpan rasa pada yang turut berjanji setia? Impian dan harapan berkecai dan musnah.. tapi hati ini degil masih menharap impian itu akan terjadi... masih menunggu keajaiban yang mampu menyatukan kembali impian dan harapan itu supaya menjadi kenyataan.. ternyata semuanya sia-sia..

Duhai sang hati,

janganlah berdegil lagi..
tak usah ditunggu pada yang tak pasti..
kerana janji hanya tinggal janji..
mungkin ini suratan Ilahi..
sewajarnya hati meredhai...

#Ya Allah, Kuatkan aku#

Monday, March 25, 2013

Gone.

Macam tak percaya yang diimpikan berkekalan hingga ke akhirnya hancur macam tu saja.. sekarang, aku dengan dia masing-masing dah mula bawak haluan masing-masing. Mungkin aku ni bukan yang terbaik untuk dia.  Angan-angan yang kami selalu sembang cuma jd angan-angan ja la... Tak mampu nak jadi kenyataan...

Honestly, memang la sedih.. Aku rasa macam tak boleh nak terima kenyataan, and sometimes i feel that he's still mine. Pada hal, semuanya dah tak da.. It's gone.. Sakit nya cuma Allah saja yg tau.. Tapi aku dah tak mampu nak nangis lagi dan tak terdaya nak meluah lagi apa yg aku rasa.. So, the pain is still deep in my heart and it's really torture me..

Tapi walau macam mana perit pon, aku kena lalui juga, aku terpaksa terima juga yang antara aku dan dia dah berakhir. It's over and all the dreams are gone.  I need to stand up by myself without him because in the end i just get only me, myself and i..

#akuredha#

Thursday, January 31, 2013

Hati macam nak pecah

Hidup kita sebagai hambaNYA, tak pernah sunyi daripada dugaan dan ujian.. kadang-kadang kita menyesali ujian yang terjadi pada kita, kita merungut, kita marah pada takdir tapi mungkin kita sendiri tidak sedar ujian dan dugaan adalah dari DIA yang kuasa. Andai sabar itu dapat kita pupuk, tabah itu dapat kita tanam, mungkin hikmahNYA nanti ada menanti. Sepertimana pelangi yang muncul selepas hujan..

Aku juga antara manusia yang selalu leka dan alpa, yang juga merungut apabila ditimpa dugaan dan ujian. Sebab aku rasa aku tak mampu nak tanggung lagi ujian tu... Aku tak mampu nak menjadi tabah atau berpura-pura tabah. Hinggakan masalah itu terlukis di wajah aku. Pedih dan resah tu jugak kadang-kadang mengganggu senyum aku. Aku mengharap pelangi untuk aku akan muncul dan keindahannya akan terus kekal bersama aku dan orang sekeliling aku..


Ya Allah, kuatkan dan tabahkan lah hati aku untuk menempuh setiap dugaanMU.. Berikan keajaibanMU dan rahmatMU pada hamba-hambaMU yang lemah ni..Amin~~

p/s : Tolong aminkn jgk kwn.. 

Mucho gracias