Saturday, July 21, 2012

andai itu takdirNYA..

adakala sesuatu yang terlalu dikasihi tak mungkin dapat dimiliki.. sedangkan sudah mencuba pelbagai cara, tapi hakikatnya perit di dada juga yang terasa, luka di hati yang masih berbekas ternyata berdarah kembali.. sampai bila peluang harus diberi sedangkan diri langsung tak dihargai..

aku ketepikan apa yang dikata orang.. sedangkan aku tahu pisang mungkin berbuah lagi.. aku beri peluang yang aku sendiri tak pasti hasilnya akan memakan diri dan akibatnya aku sakit lagi..

aku bertanya pada diri, kenapa aku diduga begini? tapi bila aku sedari takdir yang ditetapkanNYA tak pernah salah.. semuanya ada bahagian masing2.. sewajarnya aku menerima bukannya mempertikaikan.. andai sudah tertulis begini, aku harus meredhai dengan ikhlas..kerana DIA pasti memberi yang terbaik buat aku..

No comments:

Post a Comment